Saturday, March 28, 2015

JODOH & AJAL

Hari ini hujan turun dengan lebatnya.. Berapa titk NYA?
Hehe selalu dengar soalan ni masa zaman sekolah dulu.
Ok, ok , post kali ni tak ada kaitan pun dengan soalan di atas. 
Cuma hari ni memang hujan lebat.

Hari ni ada kenduri kawin rumah sepupu. Dalam minda dah set dari semalam nak pergi kenduri kawin. tapi tiba-tiba jam 4 pagi telefon berdering. Memang sangat tak sedap hati kalau dengar bunyi telefon waktu macam ni. Bukan, Bukan pasal gangguan atau panggilan misteri. Tapi pasal ada yang beritahu tentang kematian. Rupanya Pak Uda meninggal. Innalillah, Al fatihah.  Arwah Pak Uda ni ipar kepada mama saya. Dia sakit uzur berusia n dah lama tak boleh berjalan. Jadi ada perubahan rancangan. Kena pergi melawat jenazah dulu baru pergi kenduri kawin.


Hal ini mengingatkan cty kepada 2 dari rahsia Allah. Jodoh n Ajal. Rahsia Allah yang lagi 1 tu rezeki. Cuma kali ni sy nak fokus pada jodoh dan ajal.


" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya." 

(Surah Al-A'raf ayat 34) 


“Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu tapi kau pasti mati .Berbuatlah sekehendakmu tapi kau pasti dibalas. Dan cintailah siapapun yang kau mau tapi engkau pasti berpisah dengannya.” (HR. ath-Thabrani) 



Cty bila lagi? kawan-kawan cty ramai yang dah beranak pinak dah? Eh tak kawin lagi ke?
Cepat la kawin. Cty bila nak kawin? Aishh banyak betul soalan yang sama diulang- ulang kalau jumpa dengan orang ramai. Jodoh kan rahsia Allah.. macam mana nak jawab soalan tu. Sama je macam tanya Cty bila nak mati? Eh tak mati lagi ke? Bila nak mati?
Macam tu eh?
Macam mana nak jawab soalan tu.
Sebab tu semua rahsia Allah. Kita tak tahu mana dulu yang datang kepada kita, jodoh atau ajal. Jangankan terlalu sibuk mencari jodoh, tiba-tiba ajal menjemput dulu. Ada Pak Haji yang asyik fikirkan tentang hari kematiannya tiba-tiba bertemu jodoh kali kedua. Apa-apa pun boleh terjadi.
Yang penting apa pun yang kita buat kena Lillahhi Taala, ikhlaskan diri kerana Allah. Sebab bila jodoh tu datang ia datang dengan barakah bukan tercemar dengan maksiat. Bila ajal tu datang, kita dah bersedia untuk menghadapinya...

Ok sambung pada cerita tadi. Pagi tu saya konfius nak pakai baju apa. Takkan nak pakai baju pergi kenduri kawin untuk melawat jenazah n sebaliknya. Ada masa sya blur...macam mana ni ye. Tanya mama, dia pun konfius. Penghabisannya semua pergi bawa bekal baju lain untuk kenduri..
Selamat penganti baru untuk sepupu dan semoga arwah Pak Uda di cucuri rahmat, moga tenang la di sana...al- Fatihah.










2 comments:

  1. entahlah ct..I facing the same thing also..nak je tanya blk...'tak nak tanya ke bila ajal sy akan tiba?'..mesti sentap kan? he..he..kalo lah ada papan tanda yg tulis date and nama jodoh tu..dah lama dah tahu bila..apa2 pun, kita percaya pada takdir & mungkin ada sebab why it is happend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hasna, maybe ada misson dari Allah yg kita lom accomplish lagi... Semua rahsia Allah.

      Delete

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..