Don't judge a book by its cover..
dah tahu kan? dah banyak kali dengar pepatah ni kan..smpai jemu
dan dah banyak kali juga kita ter'buat' benda yang sama,
saya nak ingatkan diri saya sendiri n semua tentang ni. sedikit refreshment.
Jangan cepat sangat menilai sesuatu atau seseorang sebelum kita tahu apa yang terjadi di sebalik peristiwa itu.
Contohnya gambar viral dalam facebook atau youtube. Ramai betul hakim n juri yang berlumba untuk mengkritik atau menhukum gambar tersebut.. no..no..no ..tolong lah jangan jadi salah seorang dari mereka..
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتدرون من المفلس ؟ قالوا:المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع , قال صلى الله عليه وسلم : إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة , ويأتي وقد شتم هذا ,وقذف هذا , وأكل مال هذا , وسفك دم هذا , وضرب هذا , فيعطي هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته من قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح في
النار
(Ertinya: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka.")
Saya teringat suatu kisah tentang peristiwa di dalam train. Ada seorang bapa dan 3 orang anaknya yang masih kecil. Anak - anak tersebut berlari-lari serta membuat bising di kawasan itu sehingga mengganggu penumpang yang lain. Ramai yang berkerut dahi dan berkata di dalam hati bahawa si bapa itu tidak pandai menjaga anak-anaknya yang sangat nakal. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang marah-marah dan menegur lelaki itu kenapa tidak suruh anak-anaknya duduk diam. Si bapa dengan sebak menjawab ' mereka baru sahaja kehilangan ibu mereka'.. semua dalam train tu terdiam sepi...
'"bunny berkata dalam hati..banyaknya fitnah dalam internet ni.
manusia mempunyai akal untuk berfikir mana yang baik n mana yang buruk. jadi gunakan akal tu sebaik2 nya..huhu"
No comments:
Post a Comment