Saturday, March 28, 2015

JODOH & AJAL

Hari ini hujan turun dengan lebatnya.. Berapa titk NYA?
Hehe selalu dengar soalan ni masa zaman sekolah dulu.
Ok, ok , post kali ni tak ada kaitan pun dengan soalan di atas. 
Cuma hari ni memang hujan lebat.

Hari ni ada kenduri kawin rumah sepupu. Dalam minda dah set dari semalam nak pergi kenduri kawin. tapi tiba-tiba jam 4 pagi telefon berdering. Memang sangat tak sedap hati kalau dengar bunyi telefon waktu macam ni. Bukan, Bukan pasal gangguan atau panggilan misteri. Tapi pasal ada yang beritahu tentang kematian. Rupanya Pak Uda meninggal. Innalillah, Al fatihah.  Arwah Pak Uda ni ipar kepada mama saya. Dia sakit uzur berusia n dah lama tak boleh berjalan. Jadi ada perubahan rancangan. Kena pergi melawat jenazah dulu baru pergi kenduri kawin.


Hal ini mengingatkan cty kepada 2 dari rahsia Allah. Jodoh n Ajal. Rahsia Allah yang lagi 1 tu rezeki. Cuma kali ni sy nak fokus pada jodoh dan ajal.


" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya." 

(Surah Al-A'raf ayat 34) 


“Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu tapi kau pasti mati .Berbuatlah sekehendakmu tapi kau pasti dibalas. Dan cintailah siapapun yang kau mau tapi engkau pasti berpisah dengannya.” (HR. ath-Thabrani) 



Cty bila lagi? kawan-kawan cty ramai yang dah beranak pinak dah? Eh tak kawin lagi ke?
Cepat la kawin. Cty bila nak kawin? Aishh banyak betul soalan yang sama diulang- ulang kalau jumpa dengan orang ramai. Jodoh kan rahsia Allah.. macam mana nak jawab soalan tu. Sama je macam tanya Cty bila nak mati? Eh tak mati lagi ke? Bila nak mati?
Macam tu eh?
Macam mana nak jawab soalan tu.
Sebab tu semua rahsia Allah. Kita tak tahu mana dulu yang datang kepada kita, jodoh atau ajal. Jangankan terlalu sibuk mencari jodoh, tiba-tiba ajal menjemput dulu. Ada Pak Haji yang asyik fikirkan tentang hari kematiannya tiba-tiba bertemu jodoh kali kedua. Apa-apa pun boleh terjadi.
Yang penting apa pun yang kita buat kena Lillahhi Taala, ikhlaskan diri kerana Allah. Sebab bila jodoh tu datang ia datang dengan barakah bukan tercemar dengan maksiat. Bila ajal tu datang, kita dah bersedia untuk menghadapinya...

Ok sambung pada cerita tadi. Pagi tu saya konfius nak pakai baju apa. Takkan nak pakai baju pergi kenduri kawin untuk melawat jenazah n sebaliknya. Ada masa sya blur...macam mana ni ye. Tanya mama, dia pun konfius. Penghabisannya semua pergi bawa bekal baju lain untuk kenduri..
Selamat penganti baru untuk sepupu dan semoga arwah Pak Uda di cucuri rahmat, moga tenang la di sana...al- Fatihah.










Sunday, March 15, 2015

POEM atau POYO

ENIGMA RABBIT

Here comes a little rabbit,
Mistakenly jumping in the pit,
In the darkness searching for the light,
Alone and fright.        

Little rabbit find the way out,
Jumping slowly towards the light,
With the joyful feeling in its heart,
Never looked back to the past.

Little rabbit establish a new nest,
An empire to protect,
A well to build a potent,
A crop to plant.

But there is something little rabbit forgot,
The missing pieces from the past,
Little rabbit have no clue what is that,
Wondering alone to search for it.

Until now it bothering little rabbit,
The unknown missing pieces part,
But little rabbit find a way to divert,
The orange cute things called a ‘CARROT’

BY CTY QUEST



ini semua poyoooo

Thursday, March 12, 2015

Hadith of the day

Emm tazkirah jumaat sikit.
Don't judge a book by its cover..
dah tahu kan? dah banyak kali dengar pepatah ni kan..smpai jemu
dan dah banyak kali juga kita ter'buat' benda yang sama,
saya nak ingatkan diri saya sendiri n semua tentang ni. sedikit refreshment.
Jangan cepat sangat menilai sesuatu atau seseorang sebelum kita tahu apa yang terjadi di sebalik peristiwa itu.

Contohnya gambar viral dalam facebook atau youtube. Ramai betul hakim n juri yang berlumba untuk mengkritik atau menhukum gambar tersebut.. no..no..no ..tolong lah jangan jadi salah seorang dari mereka..

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتدرون من المفلس ؟ قالوا:المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع , قال صلى الله عليه وسلم : إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة , ويأتي وقد شتم هذا ,وقذف هذا , وأكل مال هذا , وسفك دم هذا , وضرب هذا , فيعطي هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته من قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح في

النار
(Ertinya: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka.")


Saya teringat suatu kisah tentang peristiwa di dalam train. Ada seorang bapa dan 3 orang anaknya yang masih kecil. Anak - anak tersebut berlari-lari serta membuat bising di kawasan itu sehingga mengganggu penumpang yang lain. Ramai yang berkerut dahi dan berkata di dalam hati bahawa si bapa itu tidak pandai menjaga anak-anaknya yang sangat nakal. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang marah-marah dan menegur lelaki itu kenapa tidak suruh anak-anaknya duduk diam. Si bapa dengan sebak menjawab ' mereka baru sahaja kehilangan ibu mereka'.. semua dalam train tu terdiam sepi...






'"bunny berkata dalam hati..banyaknya fitnah dalam internet ni. 
manusia mempunyai akal untuk berfikir mana yang baik n mana yang buruk. jadi gunakan akal tu sebaik2 nya..huhu"

Wednesday, March 11, 2015

Hospital arena part 1

Hari ni pergi hospital teman papa.  Biasa la dah tua- tua ni routine check up la apa lagi. Papa ada minor parkinson. Tu je sakit dia.Yang lain-lain tak ada. Alhamdulillah masih boleh berjalan lagi tapi slow sikit.

Bila dekat hospital ni..emm ( hospital kerajaan).. biasa la kena tunggu giliran. Pastu nak parking susah. Abang saya kena parking dekat 2km dari hospital..huhu. Ni sebab utama ramai orang fobia nak pergi hospital. Bukan apa kesian untuk orang tua-tua tunggu lama-lama. Yang tak sakit leh ada sakit tambahan..huhu.

Sambil menunggu tu tengok keadaan sekeliling. Untuk aktiviti biasa semasa menunggu bagi kebanyakan orang ialah antaranya termenung tengok orang lain lalu lalang, tengok fesyen baju orang, gelagat orang, main handphone, berbual kosong, baca surat khabar, makan minum dan tidur. Untuk bahagian fisiotheraphy ni masa menunggu sangat lama. Purata masa  yang saya tunggu ialah dari 2-4 jam. Fuhhh. Banyak perkara yang boleh di buat dalam 2 -4 jam tu kan. Sangat membazir kalau kita sia-siakan dengan terkebil-kebil tengok orang lalu lalang. Tu yang paling ramai orang melayu buat. Untuk kaum cina kebanyakannya baca buku n surat khabar. Huhu jelesnya. Jelas perbezaannya.  Tak nak cakap banyak. Mari la sama-sama majukan kaum kita..

Iye? Apa yang saya buat masa menunggu tu? Hehe. Sempat la juga tulis blog ni. Lepas tu check facebook layan customer order. Kalau boleh packing barang customer kat situ memang saya dah buat dah. Tapi agak-agak la weiihh. Selain tu sy bawa buku untuk di baca. Tak kisah la buku apa. Kalau dh boring baca buku saya main sudoku.

Haaa nama papa saya dah kena panggil. Ok jumpa lagi di part 2....


teringat masa praktikal dekat hospital dulu..
aishh macam2 pengalaman..



Saturday, March 7, 2015

3 pagi..

Alaa dah pukul 3 pagi..
Barang - barang customer tak siap packing lagi..kuikui
Tapi sempat singgah kat sini kejap.
Kenapa??
Sebab rasa 'tepu' & nak hilangkan tepu tu la. Nak ambik angin release tension kejap, Aisshh tiba-tiba teringat lagu P.Ramlee..pukul 3 pagi tu..
Pastu pula teringat masa belajar kat Shah Alam dulu.
Rumah sewa ala-ala hostel gitu..duduk ramai-ramai.
Bila jam 3 pagi je ada (mahluk)  yang tekan loceng rumah.
Siapa??
Kita tak tahu siapa, sebab masa tu mmg tengah nyenyak tidur..zzzz.
tapi housemate yang bagitau. Ada beberapa orang yang dengar bunyi loceng tu.
Dah beberapa kali kejadian tu berlaku. Ni tak masuk lagi episod cik putih rambut panjang lalu lalang kawasan tu n dalam rumah sekali.
Tapi seruis memang saya tak pernah nampak. Alhamdulillah, sebab HIJAB saya tertutup.
Tak mahu la nampak benda-benda macam tu. Mintak dijauhkan...

Kata jiran-jiran yang tinggal di situ tempat tu memang keras sikit sebab dulu memang hutan belukar.

Dan... ada lagi suatu kejadian
Bunyi (mahluk) menjerit-jerit dekat kawasan rumah shah alam tu. Yang ni memang saya boleh dengar. Serius la. Tiap kali mahluk tu menjerit saya terdengar. Memang jelas sangat.






ni stadium shah alam tempat mahluk - mahluk tu menjerit... Bila gol masuk je mereka menjerit..

sekian..

Thursday, March 5, 2015

I'm sorry CTY...

Assalammualaikum..

Waduhh..waduhh. Bila ada orang tanya..
'Cty ada blog tak?'
CTY: Ermm..(lama tu fikir)..eh ada blog rupanya. hehehe. Tapi dah lama tak update. Busy sekarang ni..huhu

Baru perasan dah lama tak tulis dekat blog..huhu. Sejak ber'DRIFTED' dengan kegilaan terbaru tu.
Dah memang sah- sah last post bertajuk kegilaan terbaru. Memang lupa terus nak tulis blog.

Apa? oo ada juga blog kegilaan terbaru tu, tapi yang tu dah 2 tahun tak update juga. Yang ni lagi la, dah 4 tahun. Rasa macam masa x berjalan je..


Apa yang sibuk sangat smpai 4 tahun tu? Baru sekarang nak muncul.

Tak tahu la. Rasa macam tenggelam sekejap dari dunia ni. (Lost somewhere in the middle of....kuikuikui)
Bermula tahun 2011, CTY mula berniaga kecil-kecilan. Dapat idea ni masa Mama x berapa sihat. Banyak persoalan di minda. Kerja apa yang boleh di buat ( 2 in 1). Maksudnya kerja sambil monitor kesihatan Mama. Akhirnya dapat ilham buat perniagaan 'online'. Persoalan kedua, nak berniaga apa ehhh... Macam-macam idea yang keluar. Nak jual ubat, buat gift, minyak wangi, baju  sampai la nak buat handmade jual coklat yang bentuk-bentuk tu.

Tapi tiba-tiba tergerak hati nk beli DIY craft. saja nk cuba-cuba buat. Saya  memang minat berkraf dari kecik lagi. Kraf pertama yang saya buat masa umur 10 tahun. Kulit kerang. saya deco kulit kerang tu. pastu jual dengan kawan- kawan. sebiji 20 sen. Nanti la cerita episod lain pasal ni eh...

Sambung yang tadi..Dah siap tu..eh comelnya  kalau jual n ambik tempahan buat ni mungkin ada orang nak beli. di situ la bermulanya titik CTY Quest Crafts. Saya buat akaun facebook untuk tapak permulaan berniaga. tak sangka dunia felt craft ni berkembang luas. ( Nampak sangat saya dah ketinggalan..huhu)  Lepas setahun & dah buat lesen perniagaan saya tak sorok-sorok lagi. Lepas tu buat facebook page pula. Dan Alhamdulillah, syukur, sekarang dah masuk tahun ke -4 saya berniaga online. Mama pun Alhamdulillah dah sihat.

Jemput la ke page saya yang tak seberapa ni. CTY QUEST CRAFTS & SUPPLY. kalau nampak perkataan LIKE tu jemput la klik ye :)



https://www.facebook.com/ctyquest?ref=bookmarks


sorry ye CTY, dekat 4 tahun terlupa nak update blog yang..huhuhu

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..