Sunday, September 5, 2010

Raya..raya..raya..

Semua orang sibuk nak raya..
Hati dan fikiran semua sudah berada di kampung halaman..
Semua tengah sibuk mencari baju dan kasut baru..
Ada juga yang sedang berangan-angan dan tak sabar nak tukar langsir baru, sarung kusyen baru dan karpet baru..
Ada juga yang sudah terbayang ketupat rendang serta kuih muih yang bakal di hidangkan di pagi raya..
Ada juga yang sedang berangan-angan mengira duit raya yang diterima tahun ini, dan tak ketinggalan juga yang pening kepala untuk mengeluarkan duit raya..
Ada yang sedang membuat perkiraan untuk berhari raya di rumah sanak saudara dan sahabat - sahabat..
Ada juga yang tak habis-habis bergaduh untuk beraya di rumah siapa tahun ini..

Jadi sempena menyambut bulan Syawal yang akan tiba nanti, saya ingin memberi sedikit peringatan kepada muslimin dan muslimat tentang adab menyambut raya..


Adab menyambut hari raya:


1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.

2. Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.

3. Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

5. Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya.

6. Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

7. Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

8. “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

((sumber))






Yang penting kena la beringat.. walaupun beberapa hari lagi nak raya, tugas dan tanggungjawab janganlah diabaikan.. Buat sehabis baik..barulah kita dapat beraya dengan aman damai..
Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..


Sunday, August 22, 2010



TAZKIRAH RAMADHAN:

Sedikit maklumat untuk dikongsi bersama..


13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN
by Onemahmud

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih). 11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna; Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)




Rujukan:
http://www.scribd.com/doc/16459558/Tazkirah-Bulan-Ramadhan

Sunday, August 8, 2010

Kenali dan Tangani Alahan Dengan Berkesan.

Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Istilah 'allergy' telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dalam 1906 selepas membuat nota bahawa sesetengah pesakit-pesakitnya adalah hipersensitif untuk entiti-entiti yang biasanya tidak berbahaya seperti debu, debunga, atau makanan tertentu. Pirquet menamakan fenomena ini sebagai 'allergy', daripada kata-kata Yunani allos bermaksud "lain" dan ergon bermaksud "kerja".

Sejarah

Dari segi sejarah, semua bentuk hipersensitif (hypersensitivity) adalah diklasifikasikan sebagai alahan-alahan, dan segala pemikiran yang disebabkan oleh satu pengaktifan yang tidak wajar kelas antibodi yang bernama Immunoglobulin E (IgE) - Teruka dan Kimishige Ishizaka merupakan antara yang pertama untuk mengasingkan dan menghuraikan IgE dalam tahun 1960an.

Kemudian, ia menjadi jelas bahawa beberapa mekanisma penyakit lain telah dilibatkan, dengan hubungan biasa antara hypersensitivities berbeza-beza ini ada satu pengaktifan yang mengganggu sistem imun dalam satu cara atau selainnya. Suatu skima klasifikasi yang baru telah direka oleh P Gell dan R Coombs bagi mencerminkan apa yang kemudian diberi nama semula reaksi kehipersensitifan (hypersensitivities). Perkataan "alahan" adalah kemudian terhad untuk jenis I hypersensitivities, yang adalah disebabkan oleh mekanisme IgE yang klasik.


Penyebab:
-Tumbuh-tumbuhan.
-Makanan.
-Ubat-ubatan.
-Debunga.
-Sengatan lebah.
-Gigitan.

Alahan Rhinitis (Alahan pernafasan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala:
-Penghasilan mukus (lendir).
-Gatal-gatal di
-Tekak
-Hidung
-Mulut
-Mata
-Kulit
-Batuk.
-Sakit kepala.
-Hidung berair/Bersin.
-Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan:
Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri
Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk:
Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
Intolerans terhadap makanan.
Sindrom gangguan usus.
Tekanan fizikal.
Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala:
-Tekak terasa gatal.
-Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
-Sakit perut.
-Loya.
-Muntah.
-Kekejangan otot perut.
-Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
-Gatal-gatal/urtikaria.
-Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
-Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
-Sesak nafas/bunyi ronkus.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri
Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala:
-Gatal-gatal.
-Ruam kulit.
-Gatal-gatal pada kulit atau mata.
-Bunyi ronkus.
-Bibir membengkak.
-Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
-Penyumbatan rongga hidung.
-Sukar bernafas.
-Batuk.
-Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
-Pening.
-Keliru.
-Sakit/kekejangan otot abdomen.
-Loya, muntah.
-Cirit-birit.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.


Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala:
-Mata merah.
-Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
-Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
-Keluar air mata.
-Kelopak mata bengkak/sembab.

Rawatan:
Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri
Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.


Makanan yagn dapat memebantu mengurangkan simptom alergi:
1. Jus buah-buahan, kecuali buah-buahan sitrus
2. Semua sayuran, kecuali jagung dan tomato
3. Ayam belanda
4. Ikan (terutamanya yang berwarna putih)
5. Badam, biji bunga matahari
6. Vitamin C, biofavinoids, vitamin A & E
7. GLA (Asid gamma linoleic) dan zink
8. Minum banyak air

Rujukan:
1. Laman kesihatan:http://e-kesihatan.blogspot.com
2. www.naturalways.com

Thursday, July 22, 2010

KHASIAT KUNYIT


INFO SIHAT

Mari bercerita tentang khasiat kunyit. Ramai orang yang tak berapa suka nak makan kunyit. Kenapa?? Sebab rasa kunyit yang agak ’pelik’ itu. Kecuali bila sudah dimasak menjadi kari atau asam pedas..memang sedap. Tetapi.. tahukah anda kunyit mempunyai pelbagai khasiat yang terpendam di dalamnya. Banyak kajian mengenai kunyit telah dilakukan dan terbukti ia adalah khazanah yang berharga untuk kesihatan.

Nama saintifik bagi kunyit ialah curcuma longa / curcuma domestica. Biasanya kunyit digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Kalau memasak biasanya saya akan gunakan kunyit hidup berbanding kunyit serbuk. Kenapa?? Sebab bukan sahaja kerana rasa kunyit hidup yang lebih asli tetapi juga kerana tiada campuran pewarna lain. Ditakuti kunyit serbuk tersebut mungkin bercampur dengan Tetrazine (sejenis bahan pewarna kuning) yang boleh mengundang alergi kepada sesetengah individu.

Antara khasiat-khasiat kunyit:
1. Sebagai anti-oksida yang dapat menentang radikal-radikal bebas di dalam tubuh badan manusia.
2. Anti radang: Dipercayai kunyit dapat merawat atritis dan juga asma.
3. Anti-arteriosklerosis: Mengelak daripada penebalan dan pengerasan dinding pembuluh darah arteri. Ini kerana ia mengurangkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL, atau kolesterol tidak baik) dan meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi HDL, atau kolesterol baik)
4. Kunyit juga diminum sebagai ekstrak atau diguna sebagai sapuan untuk mengubati bengkak, ruam, gatal-gatal serta darah beku.
5. Dapat meredakan masalah pencernaan di dalam perut.
6. Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
7. Jika terkena kesejukan, air kunyit dapat memanaskan badan.
8. Terdapat juga kajian yang menunjukkan potensi kunyit di dalam pencegahan kes-kes barah seperti serviks, perut, duodenum, kolon, payu dara dan kulit.
9. Meningkatkan system imun di dalam badan manusia.
10. Melancarkan peredaran darah.
11. Membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah terutamanya kepada pesakit anemia.
12. Menguatkan pundi hempudi.
13. Menyekat pembekuan darah.
14. Mengeluarkan toksin di dalam hati.
15. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
16. Menurunkan tekanan darah.


Pengambilan kunyit haruslah berpada dan tidak melebihi daripada 12 gram sehari. Terdapat beberapa kesan sampingan pengambilan kunyit yang berlebihan.
1. sakit perut
2. Loya dan muntah-muntah
3. Meningkatkan risiko pendarahan
3. mempercepatkan menopause






Rujukan:

1). Kajian curcumin dari kunyit (curcuma longa) ke atas beberapa parameter fisiologi manusia. (Kamalden, 2004)
2). KUNYIT – LEBIH DARIPADA BAHAN REMPAH UNTUK MEMBUAT KARI
oleh: Benjamin Drewe http://www.rainforestherbs.com
3). http://www.righthealth.com

Wednesday, July 21, 2010

SAHABATKU

MUHASABAH INSANI


Kisah tentang sahabat yang dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua..Sahabat memang senang untuk dicari..sahabat gembira, lagilah senang dijumpai..tetapi sahabat duka, agak sukar.. apatah lagi sahabat yang setia dan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan..

Kisah tentang 2 orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang tanpa dapat menahan diri menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU."

Mereka terus berjalan, sehingga menemukan sebatang sungai, dimana mereka
memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya ditampar dan terluka hatinya,
cuba berenang untuk menyejukkan diri dan hatinya..

Namun, ternyata sungai tersebut cukup dalam sehingga ia nyaris tenggelam, dan diselamatkanlah ia oleh sahabatnya.Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU."

Si penolong yang pernah menampar sahabatnya tersebut bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila dalam antara sahabat terjadi sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tetap terkenang tidak hilang tertiup waktu."

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana wujud sudut pandangan yang berbeza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah lalu.Mungkin kadang-kala kita dapat apa kemahuan atau memahami apa yang kita mahu..Yang penting selagi HAK kita dan sahabat kita, sentiasa menjaga dan menghormati satu sama lain serta percaya, insyallah ibarat air yang dicincang takkan putus'...

kepada semua sahabatku..marilah kita saling ingat mengingati..saya hanyalah insan biasa yang serba kekurangan..

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..