Thursday, July 22, 2010

KHASIAT KUNYIT


INFO SIHAT

Mari bercerita tentang khasiat kunyit. Ramai orang yang tak berapa suka nak makan kunyit. Kenapa?? Sebab rasa kunyit yang agak ’pelik’ itu. Kecuali bila sudah dimasak menjadi kari atau asam pedas..memang sedap. Tetapi.. tahukah anda kunyit mempunyai pelbagai khasiat yang terpendam di dalamnya. Banyak kajian mengenai kunyit telah dilakukan dan terbukti ia adalah khazanah yang berharga untuk kesihatan.

Nama saintifik bagi kunyit ialah curcuma longa / curcuma domestica. Biasanya kunyit digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Kalau memasak biasanya saya akan gunakan kunyit hidup berbanding kunyit serbuk. Kenapa?? Sebab bukan sahaja kerana rasa kunyit hidup yang lebih asli tetapi juga kerana tiada campuran pewarna lain. Ditakuti kunyit serbuk tersebut mungkin bercampur dengan Tetrazine (sejenis bahan pewarna kuning) yang boleh mengundang alergi kepada sesetengah individu.

Antara khasiat-khasiat kunyit:
1. Sebagai anti-oksida yang dapat menentang radikal-radikal bebas di dalam tubuh badan manusia.
2. Anti radang: Dipercayai kunyit dapat merawat atritis dan juga asma.
3. Anti-arteriosklerosis: Mengelak daripada penebalan dan pengerasan dinding pembuluh darah arteri. Ini kerana ia mengurangkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL, atau kolesterol tidak baik) dan meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi HDL, atau kolesterol baik)
4. Kunyit juga diminum sebagai ekstrak atau diguna sebagai sapuan untuk mengubati bengkak, ruam, gatal-gatal serta darah beku.
5. Dapat meredakan masalah pencernaan di dalam perut.
6. Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
7. Jika terkena kesejukan, air kunyit dapat memanaskan badan.
8. Terdapat juga kajian yang menunjukkan potensi kunyit di dalam pencegahan kes-kes barah seperti serviks, perut, duodenum, kolon, payu dara dan kulit.
9. Meningkatkan system imun di dalam badan manusia.
10. Melancarkan peredaran darah.
11. Membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah terutamanya kepada pesakit anemia.
12. Menguatkan pundi hempudi.
13. Menyekat pembekuan darah.
14. Mengeluarkan toksin di dalam hati.
15. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
16. Menurunkan tekanan darah.


Pengambilan kunyit haruslah berpada dan tidak melebihi daripada 12 gram sehari. Terdapat beberapa kesan sampingan pengambilan kunyit yang berlebihan.
1. sakit perut
2. Loya dan muntah-muntah
3. Meningkatkan risiko pendarahan
3. mempercepatkan menopause






Rujukan:

1). Kajian curcumin dari kunyit (curcuma longa) ke atas beberapa parameter fisiologi manusia. (Kamalden, 2004)
2). KUNYIT – LEBIH DARIPADA BAHAN REMPAH UNTUK MEMBUAT KARI
oleh: Benjamin Drewe http://www.rainforestherbs.com
3). http://www.righthealth.com

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..