Friday, June 3, 2011

Family day @ Kuala Rompin (29/4/2011 – 2/5/2011)


Biasa la kalau nama pun FAMILY DAY, macam – macam aktiviti yang dilakukan. Sebenarnya bukan nak kongsi tentang hari keluarga ni, tapi tentang tempat berlakunya hari keluarga; iaitu kuala Rompin. Tempat ni memang tak berapa popular, saya pun kali pertama datang ke sini. Kuala Rompin adalah cadangan pak cik saya, sebab dia selalu datang ke sini untuk menjaring ikan. Boleh tahan jugak la hasil tangkapan ikan dia.. Keadaan pantai, erm.. piawaian yang sama dengan pantai di Malaysia. Ok la kan..


Bila ke pantai tak sah kalau tak tengok ‘sun rise’ dengan ‘sun set’. Tapi saya sempat merakamkan ‘sun rise’ je. ‘Sun set’ tak sempat nak tangkap gambar atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hehehe..




Yang ni gambar kegemaran saya.. Suka sangat dengan gambar ni.. cantik kan? Kan?



Apa yang best kat tempat ni ialah tak sesak. Memang tak ramai orang. Tak macam kat sesetengah pantai tu..



Thursday, April 21, 2011

Quotes of the day


Dream makes everything possible,
Hope makes everything work,
Luv makes everything beautiful,
Smile makes all the above..
So alwaz brush ur teeth.. :)


Monday, April 11, 2011

FRIM episode 2: Angan - anganku musnah..


Hari sabtu (2/4/2011) saya dan kawan-kawan menjejakkan kaki lagi di FRIM. Kali ini dengan penuh harapan untuk melintasi Canopy Walk, sebab kali terakhir kami ke sana, pihak pengurusan mengatakan semua tempat ditutup sehingga 31 Disember 2010 untuk kerja membaik pulih.. huhuhu.. Pagi -pagi lagi kami dah bersiap ( pagi ke?? boleh la..) untuk ke sana dan membawa sedikit bekalan makanan.

Tiba sahaja di FRIM, kami ke tempat pendaftaran untuk membeli tiket Canopy Walk.. Alangkah terkejutnya kami apabila pihak pengurusan mengatakan Canopy Walk ditutup sehingga bulan Mei.. huhuhu. Lama betul kerja membaik pulih ni ye.. Adakah sesuatu misteri?? Hampa sungguh kami..
KECEWA...

Walaubagaimanapun, kami tetap meneruskan perjalanan ke sungai. Sungai tu, tetap cantik seperti biasa. Cuaca yang panas membuatkan kami tidak sabar untuk bermain air sungai yang dingin. Mendengar bunyi deruan air, membuatkan rasa kecewa tu hilang begitu sahaja. Kalau ada rasa stress pun memang elok pergi ke sini; tenang je rasa hati..







p/s: cantik kan..



Friday, April 1, 2011

Misteri Batu Jadian

Pada 19/1/2011, saya dengan rasminya menjadi penghuni di sebuah hospital ( nama hospital di rahsiakan). ( kejap..kejap..) Bukan jadi pesakit, tapi jaga orang sakit.. Nama wad tempat saya tinggal adalah Wad Pembedahan. Ramai betul pesakit dalam wad yang menunggu giliran untuk di bedah. Ada juga beberapa pesakit yang telah dibedah. Ada satu malam tu , ada dua orang pesakit yang tiba-tiba sesak nafas.. Mereka dikejarkan ke wad kecemasan, mungkin kesan sampingan dari pembedahan.. (cuak jugak tengok) Apa lagi bila susah untuk memejamkan mata, maklumlah menumpang di tempat orang..

Selama beberapa hari menumpang di hospital, saya memulakan langkah untuk mengkaji (cewahh) pesakit-pesakit di wad pembedahan wanita. Dari apa yang saya lihat, majoriti pesakit di wad pembedahan mengalami kanser (kebanyakannya kanser usus/colorectal, payudara dan pangkal rahim), batu karang (batu dalam ginjal, hempedu, paru - paru, dalam jantung pun ada). Hanya sedikit yang mengalami asma dan appendiks/ appendicitis.

Saya lebih tertarik untuk bertanya kepada pesakit yang mempunyai 'batu'. Sebab saya jarang terlihat atau terdengar tentang 'batu' dalam organ. 'Itulah maksud 'batu jadian' dalam tajuk blog saya. Saya banyak bertanya mengenai gaya hidup pesakit. Rupa-rupanya majoriti pesakit yang mempunyai batu dalam organ mereka gemarkan makanan segera / FAST FOOD. Hampir setiap hari mereka makan makanan segera. (Ada yang siap buat ulam dengan nasi lagi..ish..ish..).

Antara bahan yang terkandung di dalam makanan segera yang berkemungkinan menyebabkan penyakit:

- monosodium glutamate
- azodicarbonamide
- dimethylpolysiloxane
- sodium phosphate
- sodium benzoate
- carbonyls
- BHA (butylated hydroxyanisole) dan BHT (butylated hydrozyttoluene)
- propyl gallate
- aspartame

Banyak lagi bahan - bahan yang boleh di senaraikan.(Macam kena sambung lagi je ni..)


Kebanyakan pesakit yang mempunyai 'batu' dalam organ di rawat melalui pembedahan biasa atau pembedahan laser. Bergantung kepada kes pesakit. Ada pesakit yang mempunyai 8 'batu' yang perlu di keluarkan dari ginjalnya. Ada juga pesakit yang mempunyai satu sahaja 'batu' tapi sebesar bola golf. Antara kes 'batu' terbesar yang pernah dilaporkan adalah seberat 6.29 kilogram dan kes batu terbanyak yang di keluarkan dari pesakit adalah sebanyak 3110 'batu'. (bayangkan..)

Jadi, pengajaran yang boleh di ambil di sini adalah berpada-pada la kalau makan FAST FOOD.. Ada juga pesakit yang menyuarakan kekesalan mereka kerana suka sangat makan FAST FOOD. Bukan tak boleh makan langsung, tapi janganlah sampai tiap-tiap hari ye..


Cty Quest

cty_extreme@yahoo.com


Wednesday, December 15, 2010

FRIM episode 1: just tengok2

Hari selasa (7/12/2010) adalah hari di mana dengan rasminya saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di FRIM. Tak sangka betul rupanya FRIM tu sangat dekat.. Baru ku tahu rupanya FRIM itu sangat indah.. Dipenuhi dengan kehijauan flora dan fauna.. zzzzzz

Malangnya, canopy walk dengan kawasan hutan yang lain ditutup buat sementara waktu untuk kerja2 baik pulih.. cuma kawasan air terjun sahaja yang boleh pergi.. (nama pun nak tengok2.. takde la hampa sangat..)

Jadi, apa lagi, kami terus ke kawasan sungai.. Cantik sungai dia..
Dan, bermula la penjelahan kami mendaki bukit untuk mencari 'port' yang sesuai untuk bersantai.. kami terjumpa satu kawasan yang sesuai & berhenti sekejap untuk main2 air..
kemudian kami meneruskan perjalanan dan terjumpa satu lagi kawasan yang memang best..
Cantik air terjun dia.. Bila kami dah penat main air, lepas makan & akhirnya pulang ke rumah..
mission accomplisshh..

Sunday, November 28, 2010

KISAH TAULADAN: Kisah si tukang kayu

Dipetik dari blog kisah tauladan


Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.

Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.


Moral :

Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..