Thursday, July 2, 2015

Lailatul Qadar Dah Dekat

Salam Jumaat semua..


Busy..busy..busy..
Adeeh lupa nk tulis blog.

Bulan Ramadhan dah separuh berlalu..
Tinggal lagi separuh..
Sekejap je kan., pastu mesti ada yang dh fikir pasal raya..
eh nanti dulu. sebelum raya tu kena habiskan puasa.
sebelum puasa habis kita akan melalui 10 malam terakhir ramadhan.
Salah satu malam tu sangat 'special' sebab ia kekal misteri.
Kalau nak jumpa malam tu kita tak boleh tido..
erkk bukan tak tido langsung tapi kurangkan tidur.
Alaa 10 hari je bekorban tido..

Checklist :
- Sebelum ni guna gear biasa je kan, 10 hari terakhir nanti kena guna gear tinggi. Paksa diri sikit untuk tingkatkan semua amalan ibadah ...pulun..pulun..

-Jangan cemarkan Ramadhan yang mulia ini dengan fitnah. Fitnah yang saya maksudkan di sini ialah fitnah internet. Lagi satu benda yang mangaibkan orang lain. Saya paling takut nak share maklumat di internet. Bukan kedekut, Tapi saya takut share fitnah. Sebelum share saya akan periksa dulu dgn bebrapa sumber untuk pastikan maklumat yang saya share tu sahih. Jangan senang2 je tekan butang share. Ada maklumat yang dibuat untuk menjatuhkan / mengaibkan orang. Ada juga yang nak ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Bukan tak bagi share apa2. kalau maklumat tu sahih & bermanfaat silakan. yes you got the point. Saya cuma nak tegaskan untuk yang negatif. Fitnah internet ni lagi halus sebab ia berantai. kita share, kawan share, kawan kpd kawan share & seterusnya. Kalau share sembarangan kita tak tahu ia fitnah atau tidak. Cuba bayangkan kalau itu adalah fitnah..kita share fitnah tu. tak pasal2 dapat dosa berantai nanti selagi ada yang sebarkan fitnah tu walaupun kita tak tahu. Bulan puasa ni kita nak kumpul pahala ye, bukan kumpul dosa. lagi satu kalau benda2 yang mengaibkan orang lain tu tak perlu untuk kita share. ( Allah akan menutup aib kita kalau kita menutup aib orang lain ). jadi kalau kita asyik buka / share aib orang lain nanti aib kita sendiri akan terbuka. Fikir2 kan..

- Baca Quran sebanyak yang mungkin. Khatam Quran? Sebaiknya khatam tapi jangan smpai tajwid berterabur..huhuhu. lagi best kalau baca/ faham maksudnya sekali. Tak habis2 lagi baca 1 juzuk? habiskanlah 1 juzuk tu sebelum ramadhan berakhir kalau bulan yang lain tu nak sentuh Quran pun susah...........

- Kalau dosa anda menghalang anda dari maju kehadapan, ini lah masanya untuk mendapatkan kemaafan yang sebenar2nya.

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:
Whoever spends the night of Laylat al-Qadr in prayer out of faith and in the hope of reward, will be forgiven his previous sins.”

- Ada buat solat sunat tak? Sekurang2nya 10 hari terkahir nanti buat la solat sunat. kalau nak ikutkan malas memang semua tak jadi. Paksa diri sikit. Cuba2 buat Qiamulail. Mana tahu kalau terkena dgn malam Lailatur Qadar. Banyak pahalanya. 

- Dah fikirkan atau karang apa yang nak dikatakan / doa pada malam Lailatul Qadar nanti?? 








* maafkan saya kalau terkasar bahasa & betulkan saya kalau tersilap. Saya hanya manusia biasa...huhu.




2 comments:

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..