Wednesday, December 15, 2010

FRIM episode 1: just tengok2

Hari selasa (7/12/2010) adalah hari di mana dengan rasminya saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di FRIM. Tak sangka betul rupanya FRIM tu sangat dekat.. Baru ku tahu rupanya FRIM itu sangat indah.. Dipenuhi dengan kehijauan flora dan fauna.. zzzzzz

Malangnya, canopy walk dengan kawasan hutan yang lain ditutup buat sementara waktu untuk kerja2 baik pulih.. cuma kawasan air terjun sahaja yang boleh pergi.. (nama pun nak tengok2.. takde la hampa sangat..)

Jadi, apa lagi, kami terus ke kawasan sungai.. Cantik sungai dia..
Dan, bermula la penjelahan kami mendaki bukit untuk mencari 'port' yang sesuai untuk bersantai.. kami terjumpa satu kawasan yang sesuai & berhenti sekejap untuk main2 air..
kemudian kami meneruskan perjalanan dan terjumpa satu lagi kawasan yang memang best..
Cantik air terjun dia.. Bila kami dah penat main air, lepas makan & akhirnya pulang ke rumah..
mission accomplisshh..

Sunday, November 28, 2010

KISAH TAULADAN: Kisah si tukang kayu

Dipetik dari blog kisah tauladan


Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.

Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.


Moral :

Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Quotes of the day


Most of the shadows of this life are caused by our standing in our own sunshine..


Wednesday, November 17, 2010

HADITH - companions of the prophet


Narrated 'Aisha: We went out with Allah's Apostle on one of his journeys till we reached Al-Baida or Dhatul-Jaish where my necklace got broken (and lost). Allah's Apostle stopped to search for it and the people too stopped with him. There was no water at that place and they had no water with them. So they went to Abu Bakr and said, "Don't you see what 'Aisha has done? She has made Allah's Apostle and the people stop where there is no water and they have no water with them. Abu Bakr came while Allah's Apostle was sleeping with his head on my thigh and said, "You detained Allah Apostle and the people where there is no water and they have no water." He then admonished me and said what Allah wished and pinched me at my flanks with his hands, but I did not move because the head of Allah's Apostle was on my thigh . Allah's Apostle kept on sleeping till be got up in the morning and found no water. Then Allah revealed the Divine Verse of Tayammum, and the people performed Tayammum. Usaid bin AlHudair said. "O family of Abu Bakr! This is not the first blessings of yours." We urged the camel on which I was sitting to get up from its place and the necklace was found under it.

Wednesday, November 10, 2010

HADITH - Oppression

Narrated 'Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "A Muslim is a brother of another Muslim, so he should not oppress him, nor should he hand him over to an oppressor. Whoever fulfilled the needs of his brother, Allah will fulfill his needs; whoever brought his (Muslim) brother out of a discomfort, Allah will bring him out of the discomforts of the Day of Resurrection, and whoever screened a Muslim, Allah will screen him on the Day of Resurrection . "

Monday, November 8, 2010

Quotes of the day


when one is pretending the entire body revolts..


Sunday, November 7, 2010

Perjalanan ke Bukit Broga

DIARI CTY

31 oktober 2010

4.30 a.m: Terjaga dari tidur.. Aiseyy..semua bangun lambat ni.. Pakat-pakat nak bangun pukul 4 pagi.. Abis la tak sempat nak tengok 'sunrise'.. huhu

5.30 a.m: Berkumpul dan bersiap-siap untuk bertolak dari Serdang. Kami pergi berlima (Lina, Farhan, Hani, Ijan, dan semestinya SAYA..

6.30 am: Tiba di jalan masuk ke Bukit Broga. Keadaan gelap gelita, memang kena bawa lampu suluh. Kalau tak nanti terlanggar pokok kelapa sawit.. adehh.. Tiba-tiba nampak 'Rabbit Farm' kat seberang jalan masuk ni.. Hampir terbatal niat nak naik bukit Broga sebab nak duduk kat situ.. heheh.. Pendakian bermula (cewah), masa mula-mula naik ni ok je.. semua 'cool'. Jalan macam ala-ala kat ladang kelapa sawit. Bila dah sampai kat hutan, baru mencabar sikit. Senang cerita kalau tak ada lampu suluh memang susah la.. Jalan dia macam naik tangga..

7.30 am: Alhamdulillah.. Kami sampai ke puncak pertama. Terlewat sedikit sebab salah seorang dari kawan saya "kehilangan stamina & glukos". Lagipun kaki dia sakit.. kesian.. Lagi 50 meter nak sampai ke puncak ni, jalan dia memang curam sikit. Jadi kenalah berhati-hati ye..
Mula-mula ingat dah sampai la puncak bukit Broga.. rupa-rupanya ada 2 puncak lagi.. hahahaha.. berehat sebentar dan memulakan perjuangan seterusnya..



8.00 am: Tiba di puncak kedua bukit Broga.. Jalan dia santai sikit dari yang pertama tadi.. Kat sini banyak lalang yang tinggi-tinggi.. Orang pun ramai kat sini.. yang berkhemah pun ada.. Meneruskan perjuangan ke puncak yang ketiga.. Kat sini pun mencabar jugak. Banyak batu.. Bahagian paling susah masa nak naik kat batu tinggi.. kena pakai tali..





8.20 am:Dan.. Akhirnya sampai jugak kt Bukit Broga ni.. kami berehat sebentar, makan-makan dan tangkap gambar (GIGAM).. Rupanya ada lagi pengembaraan lain. Gunung Tok Wan..tapi lagi 3.1km.. Disebabkan kami tak merancang apa-apa, ia akan menjadi destinasi pengembaraan yang seterusnya pada masa hadapan..insyaAllah..



9.00 am: Bersiap-siap untuk menuruni bukit Broga. Orang yang berpengalaman berkata masa naik bukit kita tak perlu risau, tapi masa turun bukit paling bahaya.. Memang betul pun.. Kena pakai kasut yang mencengkam (ada brek).. Sebab ada beberapa orang kawan saya yang tergelincir.. Dah la curam, memang kena fokus sebab kalau tak boleh 'brek' silap-silap masuk gaung pula.. kan dah jadi satu cerita baru..

9.45am: Tiba di kaki bukit dan bertolak pulang sambil mencari warung untuk sarapan.. lapar la..


permandangan dari puncak Bukit Broga









Mari Berselawat

Mari kita berselawat, bukan susah pun:


Senang je kan.. Yang ni contoh selawat yg senang. Banyak lagi jenis selawat yang lain. Banyak fadhilat yang boleh diperolehi daripada selawat:



Fadhilat selawat:


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3)
Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah,
perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan
kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan
kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih
dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat,
saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan
akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari
menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang
bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta
bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkankekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18 ) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat
syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan
dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan
bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24)
Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan
wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28 ) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan
hajat yang baikdengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada
hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1. Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

2. Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

3. Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

4. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin


Rujukan:

1) http://www.darulnuman.com/buku/06/078.html

2) Pelbagai jenis selawat nabi





Saturday, October 30, 2010

HADITH - Peacemaking

Narrated Sahl bin Sad: There was a dispute amongst the people of the tribe of Bani 'Amr bin 'Auf. The Prophet went to them along with some of his companions in order to make peace between them. The time for the prayer became due but the Prophet did not turn up; Bilal pronounced the Adhan (i.e. call) for the prayer but the Prophet did not turn up, so Bilal went to Abu Bakr and said, "The time for the prayer is due and the Prophet i detained, would you lead the people in the prayer?" Abu Bakr replied, "Yes, you wish." So, Bilal pronounced the Iqama of the prayer and Abu Bakr went ahead (to lead the prayer), but the Prophet came walking among the rows till he joined the first row. The people started clapping and they clapped too much, and Abu Bakr used not to look hither and thither in the prayer, but he turned round and saw the Prophet standing behind him. The Prophet beckoned him with his hand to keep on praying where he was. Abu Bakr raised his hand and praised Allah and then retreated till he came in the (first) row, and the Prophet went ahead and lead the people in the prayer. When the Prophet finished the prayer, he turned towards the people and said, "O people! When something happens to you during the prayer, you start clapping. Really clapping is (permissible) for women only. If something happens to one of you in his prayer, he should say: 'Subhan Allah', (Glorified be Allah), for whoever hears him (saying so) will direct his attention towards him. O Abu Bakr! What prevented you from leading the people in the prayer when I beckoned to you (to continue)?" Abu Bakr replied, "It did not befit the son of Abu Quhafa to lead the prayer in front of the Prophet.

Tuesday, October 26, 2010

5 Syarat Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,

“Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima

lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,

jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu

makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih

mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar

laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata

kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan

rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu

masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam

mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan

maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah

kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan

amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim,

mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak

boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau

boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak

mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah

pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

“Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


Thursday, October 21, 2010

THE MYSTERY OF ME..n_n episode 1


Some people keep asking me..’cty why u do like that? why u do like this? what is wrong with u? why u behave like that? u so weird..; please don’t do like that again..; please try to change..; why u soooo shy? why u don’t want to help me? i’m so dissapoint wif u..
And sometimes i dunno what to answer..becoz i’m not good in explaining something or the reason why i do like that.. sometimes i juz let the people judge me; up to them, what they want to say, or talk behind me, or maybe misunderstood me. i juz leave it like that without telling them why.. i hate giving a reason although i have it……..Now i want to discuss about one of my biggest problem in my life..n i realy hope there is sumbody out there would like to share or help me solving it..huhu
(actualy i ask the help of internet to explain it to u guys..hehe)

Social phobia

People with social phobia have deep fears of being watched or judged by others and being embarrassed in public. This may extend to a general fear of social situations—or be more specific or circumscribed, such as a fear of giving speeches or of performing (stage fright). More rarely, people with social phobia may have trouble using a public restroom, eating in a restaurant, or signing their name in front of others.(xdela sampai semua..)
Social phobia is not the same as shyness. Shy people may feel uncomfortable with others, but they don’t experience severe anxiety, they don’t worry excessively about social situations beforehand, and they don’t avoid events that make them feel self-conscious. On the other hand, people with social phobia may not be shy-they may feel perfectly comfortable with people except in specific situations. Social phobias may be only mildly irritating, or they may significantly interfere with daily life (mmg susah, tapi skrg org leh la jgk kawal ckit2). It is not unusual for people with social phobia to turn down job offers (yg melibatkan bnyk jumpe dgn org ramai) or avoid relationships because of their fears. (ermm..yg ni adela jgk..tp xla semua.)
Those who suffer from social phobias can get horrifically nervous just being around other people, even folks that they recognize.(dgn korang pun org slalu kena cmni, tp bila xbrapa ramai org ok je). It is a fear that they will be criticized or evaluated by other people. This fear can be triggered in almost any type of social interaction. A person could be standing on line at a supermarket and get stressful feelings as they imagine having to talk to the cashier as they checkout.(erm..ade lg 1 reason, tp xleh ckp kt sini, kna tanya saya personally..hehe)


Causes and symptoms
Experts don’t really know why phobias develop, although research suggests the tendency to develop phobias may be a complex interaction between heredity and environment. Some hypersensitive people have unique chemical reactions in the brain that cause them to respond much more strongly to stress. These people also may be especially sensitive to caffeine, which triggers certain brain chemical responses.(kan orang dh bgtau org tak leh minum kopi, tp ade yg kate org ngada2..sedih tau..)
Advances in neuroimaging have also led researchers to identify certain parts of the brain and specific neural pathways that are associated with phobias. One part of the brain that is currently being studied is the amygdala, an almond-shaped body of nerve cells involved in normal fear conditioning. Another area of the brain that appears to be linked to phobias is the posterior cerebellum.
While experts believe the tendency to develop phobias runs in families and may be hereditary, a specific stressful event usually triggers the development of a specific phobia or agoraphobia.(bila cube nak berlagak jd ok mcm org biasa.. hasilnya org akan jd clumsy..very2 clumsy..sbb tu x brape slesa klu org lain tgk sy buat kerja..bukan x suka korg tp jd clumsy la bile wt, habis smua x brape jd..nk wt cmne..)

Prevention
There is no known way to prevent the development of phobias other than drugs..
so..this is 1 of my problem. i really seek for a help from u guys. Because, having this type of phobia is still a mystery for me..but i really want to overcome it. i already try to face with it ( n i think it will faded from time to time.. yeahh cty boleh.. :)  )


Resources:
- Agoraphobics In Motion. 605 W. 11 Mile Rd., Royal Oak, MI48067
- Beers, Mark H., MD, and Robert Berkow, MD., editors. “Phobic Disorders.” In The Merck Manual of Diagnosis and Therapy. Whitehouse Station, NJ: Merck Research Laboratories, 2004.
- Ploghaus, A., L. Becerra, C. Borras, and D. Borsook. “Neural Circuitry Underlying Pain Modulation: Expectation, Hypnosis, Placebo.” Trends in Cognitive Science 7 (May 2003): 197-200.
- Rauch, S. L., L. M. Shin, and C. I. Wright. “Neuroimaging Studies of Amygdala Function in Anxiety Disorders.” Annals of the New YorkAcademy of Sciences 985 (April 2003): 389-410.
- Weisskopf, M. G., H. Chen, M. A. Schwarzschild, et al. “Prospective Study of Phobic Anxiety.” Movement Disorders 18 (June 2003): 646-651.

will be continued in episode 2…

DiGi contest

malaysia.youthsays.com
For the next 6 weeks, DiGi will be giving away RM10,000 to support all the crazy activities and ideas you have long wanted to do with your Buddyz. First, you will need to share your ideas with other youths to get their votes of support. Once you get enough votes, DiGi will fulfill your dream..

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..