Monday, August 29, 2016

Lupa lagi.....

Laa lupa lg nak update blog.. ish2 takkan la leh lupa smpai setahun..
**Apa yg cty buat ye lama2 tu?
Busy la..huhu
**Busy? Apa yang busy sangat tu?
**Busy tu sekadar alasan je kan?
Eh betul la busy, skrg ni lagi super busy...banyak perkara yg nak diuruskan.
**Emm ye la tu..
Ye la..x percaya pula..huhu.
**...busy tu subjektif...semua orang ada masa 24jam. Terpulang pada kita mcm mana nak curi masa..
Erkk..yela2..nanti cty curik masa ye. Kalau ada masa nak curik..
**Aishhh..
:)  :)


Monday, September 7, 2015

Bagaimana kah??

Emmmmm...
Eh mengantuk la pula.
Esok la tulis blog..huhu

ZZZZZZZZ...

Saturday, August 1, 2015

SELAMAT HARI RAYA

Raya dah separuh habis baru nk wish..
Aishh.
Are you ok?
Siapa?
Cty?
Emm..raya ni tak ada mood..
Kenapa?
Raya ni kena demam..
So makan biskut raya semua xde rasa..tawar je..huhuhu.
Tapi selera makan bertambah..
Cuma mood je tak ok sangat..
Biasa la kalau demam..
Kejap panas jap sejuk..
Virus kali ni kuat & degil sikit..
Jadi cuti pun kena extend seminggu.

Emm banyak penyebab demam. ni kalau nak cerita boleh buat buku..
Tapi bila kena demam badan kita akan develop antibodi.
Kira kita tak akan kena demam yang sama lepas ni.
Masalahnya virus demam ni ada macam- macam jenis, beribu2 lemon,
Jadi kebarangkalian untuk kita kena demam lagi adalah tinggi.


Apa yang penting kena selalu berfikiran positif. Baru cepat baik :)
Dan kena  redha juga sebab demam ni kifarah untuk hapuskan dosa2 kita...




Thursday, July 2, 2015

Lailatul Qadar Dah Dekat

Salam Jumaat semua..


Busy..busy..busy..
Adeeh lupa nk tulis blog.

Bulan Ramadhan dah separuh berlalu..
Tinggal lagi separuh..
Sekejap je kan., pastu mesti ada yang dh fikir pasal raya..
eh nanti dulu. sebelum raya tu kena habiskan puasa.
sebelum puasa habis kita akan melalui 10 malam terakhir ramadhan.
Salah satu malam tu sangat 'special' sebab ia kekal misteri.
Kalau nak jumpa malam tu kita tak boleh tido..
erkk bukan tak tido langsung tapi kurangkan tidur.
Alaa 10 hari je bekorban tido..

Checklist :
- Sebelum ni guna gear biasa je kan, 10 hari terakhir nanti kena guna gear tinggi. Paksa diri sikit untuk tingkatkan semua amalan ibadah ...pulun..pulun..

-Jangan cemarkan Ramadhan yang mulia ini dengan fitnah. Fitnah yang saya maksudkan di sini ialah fitnah internet. Lagi satu benda yang mangaibkan orang lain. Saya paling takut nak share maklumat di internet. Bukan kedekut, Tapi saya takut share fitnah. Sebelum share saya akan periksa dulu dgn bebrapa sumber untuk pastikan maklumat yang saya share tu sahih. Jangan senang2 je tekan butang share. Ada maklumat yang dibuat untuk menjatuhkan / mengaibkan orang. Ada juga yang nak ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Bukan tak bagi share apa2. kalau maklumat tu sahih & bermanfaat silakan. yes you got the point. Saya cuma nak tegaskan untuk yang negatif. Fitnah internet ni lagi halus sebab ia berantai. kita share, kawan share, kawan kpd kawan share & seterusnya. Kalau share sembarangan kita tak tahu ia fitnah atau tidak. Cuba bayangkan kalau itu adalah fitnah..kita share fitnah tu. tak pasal2 dapat dosa berantai nanti selagi ada yang sebarkan fitnah tu walaupun kita tak tahu. Bulan puasa ni kita nak kumpul pahala ye, bukan kumpul dosa. lagi satu kalau benda2 yang mengaibkan orang lain tu tak perlu untuk kita share. ( Allah akan menutup aib kita kalau kita menutup aib orang lain ). jadi kalau kita asyik buka / share aib orang lain nanti aib kita sendiri akan terbuka. Fikir2 kan..

- Baca Quran sebanyak yang mungkin. Khatam Quran? Sebaiknya khatam tapi jangan smpai tajwid berterabur..huhuhu. lagi best kalau baca/ faham maksudnya sekali. Tak habis2 lagi baca 1 juzuk? habiskanlah 1 juzuk tu sebelum ramadhan berakhir kalau bulan yang lain tu nak sentuh Quran pun susah...........

- Kalau dosa anda menghalang anda dari maju kehadapan, ini lah masanya untuk mendapatkan kemaafan yang sebenar2nya.

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:
Whoever spends the night of Laylat al-Qadr in prayer out of faith and in the hope of reward, will be forgiven his previous sins.”

- Ada buat solat sunat tak? Sekurang2nya 10 hari terkahir nanti buat la solat sunat. kalau nak ikutkan malas memang semua tak jadi. Paksa diri sikit. Cuba2 buat Qiamulail. Mana tahu kalau terkena dgn malam Lailatur Qadar. Banyak pahalanya. 

- Dah fikirkan atau karang apa yang nak dikatakan / doa pada malam Lailatul Qadar nanti?? 








* maafkan saya kalau terkasar bahasa & betulkan saya kalau tersilap. Saya hanya manusia biasa...huhu.




Monday, May 18, 2015

Bulan Syaaban

Ok..Dah 2 minggu tak tulis blog..
Busy lagi..huhu
Asyik busy je.. dunia..dunia.
kalau nak ikutkan hal dunia ni takkan selesai pun..
Kena pandai bahagi masa utk dunia & akhirat.
Sekarang dah bulan Syaaban. Lagi 15 hari nisfu syaaban & lagi sebulan nak Ramadhan. 
Kejap je masa berlalu.
Macam mana dengan persiapan?
Persiapan apa??
Aishh lom puasa lagi dah fikir nak raya.

Kena fikir persiapan nak sambut ramadhan dulu.
Bulan Syaaban ni kan bulan persediaan utk sambut ramadhan.
Boleh praktis puasa sunat n banyakkan ibadah.




ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟

ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa."
(Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)





Thursday, April 30, 2015

Hari Mendung

Eeee mendungnya..
Gelapnya langit..
Bukan sebab nak senja..
Tapi sebab nak hujan..
Suasana macam ni membuatkan sy rasa 65% ketakutan..
Biasanya kalau langit gelap n tebal mcm ni mesti ada pakej petir n guruh sekali.
Eeee takutnya..

Kenapa Cty takut sangat dengan kilat n petir tu?
Emm sebab ada sejarah silam pasal tu..
Asal dengar bunyi petir je dh bersiap sedia nk menyorok..
haissshhh sampai bila nak macam ni..
Nak buat macam mana..dah fobia..huhu.

Di suatu petang...
Petang yang mendung dan menakutkan..
hujan turun dengan lebatnya..
Ada seorang budak perempuan berumur 10 tahun..
Budak tu nakal n cute..
Sedang bermain LEGO di suatu sudut dalam rumahnya..
Tiba2..
Dia ternampak suatu pancaran seakan2 oren kekuningan datang menjelma..
KEBABOMM..
Dia lupa n pening2 sekejap..
Dia rasa seperti matanya telah buta..
Kaki n tangannya sudah lumpuh..
Tak tahu nak buat apa, dia jerit perkataan MAKK kuat2..
Mak dia datang dengan kelam kabut..
Budak perempuan tu menangis teresak2 sambil berkata, mata dah buta, kaki x boleh nk jalan.
Mak budak menenangkan anak kesaayangan itu.
Lama2 baru boleh buka mata semula.
Rupanya mata tu termasuk serpihan simen dinding rumah.
Bila tengok keadaan sekeliling..
Bocor diding rumah tu rupanya.
Seakan2 ditembak dengan BAZOOKA.
Serpihan2 simen berterabur atas lantai rumah..
TV dah senget sebelah sikit lagi nak jatuh hempap budak perempuan tu..
Laluan dawai cable elektrik tu semua hitam terbakar.
Langsit bahagian depan hangus sebelah..
Ada beberapa pasu yag pecah..
MasyaAllah..
Budak tu bersyukur sangat sebab umurnya masih panjang..

Dan sampai sekarang budak tu fobia dgn petir..
Bila nampak cahaya petir tu je automatik tersentak n terkejut..
Memang mati tu tak akan mengira tempat n masa bila dah tiba masanya memang akan datang..
Cuma bila dh fobia tu memang x leh control..huhu.


                                             kat mana nak menyorok ni...

Thursday, April 16, 2015

TAZKIRAH JUMAAT

BULAN REJAB

Minggu ni busy sikit. Tak sempat nk tulis blog..huhu
Ok, hari ni 27 jamadil akhir. Sedar x sedar, lagi beberapa hari je nak masuk bulan Rejab.
Maka kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan. Masa ni antara masa yang terbaik nak 'collect pahala' banyak2. Jom muhasabah diri & bersedia untuk 3 bulan mulia yang akan datang ni.





About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..