Thursday, April 30, 2015

Hari Mendung

Eeee mendungnya..
Gelapnya langit..
Bukan sebab nak senja..
Tapi sebab nak hujan..
Suasana macam ni membuatkan sy rasa 65% ketakutan..
Biasanya kalau langit gelap n tebal mcm ni mesti ada pakej petir n guruh sekali.
Eeee takutnya..

Kenapa Cty takut sangat dengan kilat n petir tu?
Emm sebab ada sejarah silam pasal tu..
Asal dengar bunyi petir je dh bersiap sedia nk menyorok..
haissshhh sampai bila nak macam ni..
Nak buat macam mana..dah fobia..huhu.

Di suatu petang...
Petang yang mendung dan menakutkan..
hujan turun dengan lebatnya..
Ada seorang budak perempuan berumur 10 tahun..
Budak tu nakal n cute..
Sedang bermain LEGO di suatu sudut dalam rumahnya..
Tiba2..
Dia ternampak suatu pancaran seakan2 oren kekuningan datang menjelma..
KEBABOMM..
Dia lupa n pening2 sekejap..
Dia rasa seperti matanya telah buta..
Kaki n tangannya sudah lumpuh..
Tak tahu nak buat apa, dia jerit perkataan MAKK kuat2..
Mak dia datang dengan kelam kabut..
Budak perempuan tu menangis teresak2 sambil berkata, mata dah buta, kaki x boleh nk jalan.
Mak budak menenangkan anak kesaayangan itu.
Lama2 baru boleh buka mata semula.
Rupanya mata tu termasuk serpihan simen dinding rumah.
Bila tengok keadaan sekeliling..
Bocor diding rumah tu rupanya.
Seakan2 ditembak dengan BAZOOKA.
Serpihan2 simen berterabur atas lantai rumah..
TV dah senget sebelah sikit lagi nak jatuh hempap budak perempuan tu..
Laluan dawai cable elektrik tu semua hitam terbakar.
Langsit bahagian depan hangus sebelah..
Ada beberapa pasu yag pecah..
MasyaAllah..
Budak tu bersyukur sangat sebab umurnya masih panjang..

Dan sampai sekarang budak tu fobia dgn petir..
Bila nampak cahaya petir tu je automatik tersentak n terkejut..
Memang mati tu tak akan mengira tempat n masa bila dah tiba masanya memang akan datang..
Cuma bila dh fobia tu memang x leh control..huhu.


                                             kat mana nak menyorok ni...

Thursday, April 16, 2015

TAZKIRAH JUMAAT

BULAN REJAB

Minggu ni busy sikit. Tak sempat nk tulis blog..huhu
Ok, hari ni 27 jamadil akhir. Sedar x sedar, lagi beberapa hari je nak masuk bulan Rejab.
Maka kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan. Masa ni antara masa yang terbaik nak 'collect pahala' banyak2. Jom muhasabah diri & bersedia untuk 3 bulan mulia yang akan datang ni.





Sunday, April 5, 2015

CAS POSITIF

Hari ni hujan turun dengan lebatnya.. eh cerita hujan lagi,
Maklum la sekarang dah masuk musim hujan semula.
Ok2, hari ni memang nak cerita sikit pasal hujan.
Saya suka hujan. Tapi bukan hujan lebat atau heavy downpour ye...isu banjir...
Bukan juga hujan gerimis...gerimis mengundang...
Saya suka hujan yang sederhana.
Kadang2 ada masa fikiran berserabut / stress, hujan la pengubatnya selain zikir, baca Quran & solat sunat.
Kenapa??
Sebab saya suka main hujan...
Untuk 5 -10 minit pertama hujan memang tak elok untuk kesihatan sebab dia akan absorb/ resapkan molekul2 kimia & bahan tercemar di udara. Memang senang kena penyakit

Lepas tu udara dah clear/nyaman jadi masa tu la sesuai nak main hujan.
Sambil pakai payung jalan dalam hujan,
Sambil berjalan tu muhasabah diri,
Tarik nafas panjang2 & hayati keindahan alam, ( tempat2 yang banyak pokok)
Seolah2 semua kekusutan/ stress tu mengalir bersama hujan yang turun,
Let the problem flow together within the rain,
Buang semua cas2 negatif tu,
Recharge masukkan cas positif....yippie..
Suhu masa hujan tu seakan2 macam suhu dekat cameron.. (rasa macam nak duduk sana je)
Thats my favourite ambient temperature.
Memang minda jadi clear masa tu.

Nape? tak percaya?
tak tahu la but it works for me.
Belum cuba belum tau..

*yang penting masa tu takde petir & guruh. Sebab saya lah orang yang pertama akan sembunyi dalam almari..ekekekekekek

#frogie
#kak yana
u remember something?






Jalan- jalan dalam hujan pakai payung strawberry...
Nak join saya tak??

About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..