Sunday, September 5, 2010

Raya..raya..raya..

Semua orang sibuk nak raya..
Hati dan fikiran semua sudah berada di kampung halaman..
Semua tengah sibuk mencari baju dan kasut baru..
Ada juga yang sedang berangan-angan dan tak sabar nak tukar langsir baru, sarung kusyen baru dan karpet baru..
Ada juga yang sudah terbayang ketupat rendang serta kuih muih yang bakal di hidangkan di pagi raya..
Ada juga yang sedang berangan-angan mengira duit raya yang diterima tahun ini, dan tak ketinggalan juga yang pening kepala untuk mengeluarkan duit raya..
Ada yang sedang membuat perkiraan untuk berhari raya di rumah sanak saudara dan sahabat - sahabat..
Ada juga yang tak habis-habis bergaduh untuk beraya di rumah siapa tahun ini..

Jadi sempena menyambut bulan Syawal yang akan tiba nanti, saya ingin memberi sedikit peringatan kepada muslimin dan muslimat tentang adab menyambut raya..


Adab menyambut hari raya:


1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.

2. Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.

3. Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

5. Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya.

6. Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

7. Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

8. “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

((sumber))






Yang penting kena la beringat.. walaupun beberapa hari lagi nak raya, tugas dan tanggungjawab janganlah diabaikan.. Buat sehabis baik..barulah kita dapat beraya dengan aman damai..
Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..


About Me

My photo
Kadang - kadang sangat rumit.. selalu berusaha keras untuk menjadi seseorang yang lebih ringkas, senang dan mudah, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai..